Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Jepun alami musim luruh terpanas dalam 126 tahun

    TOKYO, 3 DIS – Jepun mencatatkan musim luruh terpanas sejak rekod bermula 126 tahun lalu, menurut agensi cuaca negara itu, menyebabkan pemandangan daun gugur yang menjadi tarikan popular ditangguh sehingga Disember.

    “Tahun ini suhu lebih tinggi sebanyak 1.97 darjah Celsius berbanding biasa menjadikannya musim luruh paling panas sejak 1898, ketika statistik mula direkodkan,” kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA) menerusi laman web mereka kelmarin.

    Antara September hingga November, suhu di Tokyo adalah 2.4 darjah Celsius lebih tinggi daripada biasa, 2.9 darjah lebih tinggi di Nagoya, bandar utama di tengah Jepun, dan 1.2 darjah lebih panas di Sapporo, utara negara itu.

    Keadaan cuaca itu telah menunda musim luruh di Jepun, di mana para pelancong berpusu-pusu menyaksikan dedaun yang berubah menjadi warna merah dan kuning terang.

    Di Kyoto, sebuah syarikat kereta api yang terkenal dengan perkhidmatan tren melalui hutan pohon mapel yang diterangi pada waktu malam telah melanjutkan jadualnya kerana warna daun tidak berubah secepat seperti biasa.

    Menurut Perbadanan Meteorologi Jepun, masa terbaik untuk menyaksikan daun-daun musim luruh di Tokyo adalah sekitar 5 Disember dan di Osaka pada 9 Disember, kedua-duanya lebih lambat daripada biasa.

    Tahun ini, Jepun juga mencatat musim panas terpanas bersama dalam sejarah, dengan gelombang haba ekstrem melanda banyak kawasan di dunia, yang menurut saintis berpunca daripada perubahan iklim.

    Puncak salji terkenal Gunung Fuji juga mencatatkan tempoh paling lama tanpa salji, hanya muncul pada awal November berbanding purata awal Oktober. – AFP

    Fail foto bertarikh 17 Ogos 2020 menunjukkan puncak tertinggi Aoraki, terletak di Taman Negara Aoraki/Gunung Cook. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Sekumpulan...

    Lebih 20 kakitangan StanChart Brunei sertai Sukan SC

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Lebih 20 kakitangan...

    Jepun dijangka sambung operasi loji nuklear terbesar di dunia

    TOKYO, 19 NOV – Jepun dijangka bakal memberi lampu...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...