Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun, AS dan Korea S kecam Pyongyang

    TOKYO, 21 JULAI – Pegawai kanan dari Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan mengecam Korea Utara berhubung pelancaran peluru berpandu balistik kelas ICBM baru-baru ini dan berikrar untuk meningkatkan kerjasama tiga hala mereka untuk mengukuhkan pencegahan dan sekatan terhadap Korea Utara, sambil menekankan perlunya dialog dengan Pyongyang.

    Pertemuan mereka kelmrin di bandar Karuizawa di tengah Jepun diadakan beberapa hari selepas pelancaran ICBM bahan api pepejal Korea Utara minggu lalu, yang mendarat di perairan pantai barat pulau utama utara Jepun, Hokkaido dan sehari selepas pelancaran dua peluru berpandu, baru-baru ini.

    Wakil khas AS untuk Korea Utara, Sung Kim, juga berkata bahawa AS bekerja keras untuk mengumpulkan maklumat mengenai seorang askar Amerika yang melarikan diri ke Korea Utara awal bulan ini. AS sedang berusaha untuk memastikan keselamatannya dan membawanya pulang, kata Kim.

    Prebet. Travis King, 23, telah ditahan di Korea Selatan atas tuduhan serangan dan dibebaskan pada 10 Julai selepas menjalani hukumannya. Dia dibawa ke lapangan terbang pada Isnin tetapi tidak menaiki penerbangan pulang. Sebaliknya, dia menyertai lawatan pelancong ke sempadan dan melarikan diri Korea Utara.

    Kim berkata beliau dan rakan sejawatannya dari Jepun, ketua pengarah Biro Hal Ehwal Asia dan Oceania di Kementerian Luar, Takehiro Funakoshi, dan Wakil Khas bagi Hal Ehwal Keamanan dan Keselamatan Semenanjung Korea, Kim Gunn, akan turut membincangkan sidang kemuncak pemimpin mereka yang dirancang pada bulan depan di AS. – AP

    Wakil Khas AS untuk Korea Utara, Sung Kim (kiri) Ketua Pengarah Hal Ehwal Asia dan Oceanian Jepun Takehiro Funakoshi, dan Wakil Khas Korea Selatan untuk Hal Ehwal Keamanan dan Keselamatan Semenanjung Korea, Kim Gunn bergambar sebelum perbincangan mereka mengenai situasi Korea Utara di Karuizawa, wilayah Nagano, Jepun, 20 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda