TOKYO, 31 OGOS – Jepun dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju mendesak China untuk mengurangkan lagi pencemaran karbon, menteri luar Jepun mengatakan hari ini selepas rundingan peringkat tinggi di Tokyo.
Utusan iklim AS, John Kerry berada di Jepun dalam kempen antarabangsa menjelang sidang kemuncak COP26 bagi menangani pemanasan global.
“Kami membincangkan kerjasama bagi usaha-usaha mengurangkan pencemaran bagi negara-negara pencemar utama, termasuk China,” kata Menteri Luar Toshimitsu Motegi pada sidang media selepas bertemu Kerry.
“China merupakan pencemar terbesar dunia dalam karbon dioksida (CO2) yang juga ekonomi kedua terbesar dunia. Makai a adalah penting bagi kita menyerunya untuk memenuhi tanggungjawab sejajar dengan status mereka,” katanya. Kerry akan bertemu dengan Perdana Menteri Yoshihide Suga kemudian berlepas ke China untuk rundingan dengan Xie Zhenhua, utusan khas negara itu bagi hal ehwal perubahan iklim.
Edisi ke-26 bagi Sidang Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pihak Berkepentingan atau COP26 bermula pada 1 November ini di bandar Glasgow, Scotland. – AFP