Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun bakal kenakan denda besar dengan peraturan aplikasi baharu

    TOKYO, 26 APRIL – Kabinet Jepun hari ini meluluskan undang-undang yang akan mengenakan denda besar ke atas syarikat-syarikat teknologi besar seperti Google atau Apple jika mereka menyekat akses kepada aplikasi-aplikasi telefon pintar dan sistem pembayaran pihak ketiga.

    Sama seperti Akta Pasaran Digital baharu Kesatuan Eropah, tingkah laku yang dianggap anti-persaingan boleh menyebabkan pengendali didenda sehingga 20 peratus
    daripada pendapatan mereka di Jepun.

    Di bawah perundangan yang ditetapkan untuk dibahaskan oleh penggubal undang-undang itu, mereka juga perlu bertindak adil dan menjadikan sistem-sistem operasi, pelayar dan enjin carian tersedia untuk semua.

    “Undang-undang itu diperlukan dengan segera agar Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah dapat bergerak seiring dan memastikan persaingan yang adil dalam bidang digital,” kata jurucakap kerajaan Yoshimasa Hayashi. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda