TOKYO, 18 MEI – Micron hari ini berkata ia akan melaburkan AS$3.6 bilion untuk penghasilan semikonduktor generasi seterusnya di Jepun, selepas Perdana Menteri Fumio Kishida mengadakan rundingan bersama beberapa pengeluar cip terbesar dunia.
Kishida berusaha untuk meningkatkan industri cip domestik, selepas kelemahan dalam rantaian bekalan semikonduktor global didedahkan oleh perkembangan termasuk pandemik dan perselisihan berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan China mengenai teknologi canggih. – AFP
