TOKYO, 3 APRIL – Jepun akan berhenti menguji pengembara yang tiba dari China untuk koronavirus, kata kerajaan hari ini, menamatkan dasar COVID yang sebelum ini dikecam sebagai bersifat diskriminasi oleh Beijing.
Bermula Rabu, ketibaan dari China perlu menunjukkan bukti vaksinasi atau keputusan negatif yang diperoleh sebelum berlepas – ‘sama seperti kesemua pengembara lain’, menurut kenyataan kerajaan.
Keputusan itu sekali gus meng-akhiri perbalahan berhubung langkah sempadan COVID yang bermula pada Januari.
Minggu lalu, Britain juga berkata pengembara yang masuk dari China tidak perlu bukti ujian negatif bermula pada 5 April. – AFP