Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Jepun batalkan kawalan eksport Korea Selatan

    TOKYO, 16 MAC – Jepun akan menamatkan kawalan eksport ke atas semikonduktor khas untuk Korea Selatan, dan Seoul akan menarik balik satu aduan yang difailkan dengan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), umum kedua-dua negara hari ini.

    Kementerian perdagangan dari kedua-dua pihak membuat pengumuman itu ketika Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol tiba di Tokyo untuk sidang kemuncak bersama Perdana Menteri Jepun bertujuan membina semula hubungan di antara kedua-dua negara jiran.

    Hubungan tegang di antara Jepun dan Korea Selatan mencecah tahap paling rendah pada 2018 selepas mahkamah Korea Selatan mengarahkan firma Jepun membayar pampasan kepada mangsa buruh paksa dan keluarga mereka semasa era perang.

    Kementerian Perdagangan Jepun berkata dalam satu kenyataan ia telah memutuskan untuk membatalkan kawalan dan kembali semula kepada permit khas, sama seperti kes sebelum Julai 2019.

    “Kami mengesahkan kerajaan Korea akan mengumumkan penarikan balik petisyen kepada WTO berhubung kawalan eksport Jepun,” katanya, peruntukan yang disahkan oleh Kementerian Perdagangan di Seoul.

    Jepun menolak keputusan mahkamah Korea Selatan pada 2018, berkata perbalahan era jajahan telah selesai pada 1965. Hubungan diplomatik kembali pulih pada tahun itu dan Tokyo memberikan Seoul pinjaman dan bantuan ekonomi bernilai AS$800 juta, bersamaan dengan beberapa bilion dolar sekarang. – AFP

    Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol (kiri) dan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berjabat tangan sebelum mesyuarat di Tokyo, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...