Tuesday, February 25, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun bebaskan bekas pegawai insiden Fukushima

    TOKYO, 18 JAN – Mahkamah Jepun hari ini, mendapati tiga bekas eksekutif Tokyo Electric Power Company (TEPCO) tidak bersalah atas kesalahan kecuaian berhubung krisis nuklear Fukushima 2011 dan kematian lebih 40 orang warga emas semasa pemindahan secara paksa.

    Keputusan Mahkamah Tinggi Tokyo mengekalkan keputusan mahkamah rendah 2019 yang turut membebaskan tiga bekas pegawai tertinggi TEPCO dengan menyatakan bahawa tsunami sebesar itu tidak dapat diduga.

    Kes itu merupakan satu-satunya perbicaraan jenayah berkaitan kemalangan nuklear yang menyebabkan bekas eksekutif TEPCO itu menghadapi pertuduhan.

    Beberapa minit selepas sesi mahkamah dibuka untuk mengemukakan keputusan, penyokong mengangkat poster berkata: “Semua didapati tidak bersalah. Keputusan yang tidak adil.” – AP

    Gambar diambil pada Mac 2011, ketika Jepun dilanda gempa bumi berskala besar mengakibatkan Loji Tenaga Nuklear, Fukushima Daichii, mengalami kerosakan dan mengancam penduduk sekitar kawasan tersebut. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda