Saturday, October 5, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun bersihkan peranti letupan di lapangan terbang

    TOKYO, 4 OKT – Jepun akan membersihkan lebih banyak kelengkapan tentera selepas bom yang digugurkan oleh Amerika Syarikat semasa Perang Dunia Kedua meletup di laluan teksi di selatan lapangan terbang serantau, kata Menteri Pengangkutan Negara itu, hari ini.

    Menteri Pengangkutan Jepun, Tetsuo Saito berkata semasa taklimati, dia telah memerintahkan pencarian medan magnet di Lapangan Terbang Miyazaki dan lapangan terbang lain.

    Pencarian pada mulanya akan menumpu di lapangan terbang di hab komersial serantau Sendai, Fukuoka dan Naha, menurut penyiar nasional NHK.

    Semuanya pernah menjadi kemudahan tentera semasa perang, kata media tempatan.

    Di Miyazaki, tiga butir bom telah ditemui sejak 2011, termasuk peranti seberat satu tan yang ditemui semasa kerja menurap semula di kawasan letak pesawat lapangan terbang itu, lapor Asahi Shimbun.

    Setakat April tahun ini, tentera Jepun telah mengeluarkan 2,348 peranti belum meletup, 441 daripadanya di selatan Okinawa, menurut Pasukan Pertahanan Diri. – AFP

    Gambar menunjukkan pekerja berada di sekitar laluan teksi di Lapangan Terbang Miyazaki di barat daya Jepun pada 2 Oktober, selepas letupan dilaporkan. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda