TOKYO, 31 Mei – Jepun membunuh 122 ikan paus minke yang bunting ketika penjelajahan pemburuan ikan paus tahunan yang amat berkontroversi, di mana Tokyo mempertahankannya sebagai penyelidikan saintifik tetapi para aktivis pemuliharaan menyifatkannya ‘mengerikan dan agak keterlaluan’.
Ekspedisi empat bulan di Antartik telah berakhir pada Mac selepas armada itu membunuh 333 ekor ikan paus minke, menurut laporan yang diserahkan kepada pihak berkuasa Jepun kepada Suruhanjaya Pemburuan Ikan Paus Antarabangsa (JWC) pada bulan lalu.
Dari bilangan itu, 122 ekor bunting, menurut laporan Jepun, dengan berbelas-belas ekor lagi ikan paus yang masih kecil antara yang dibunuh.
Humane Society International, kumpulan penyokong pemuliharaan, menyifatkan bilangan itu ‘statistik yang mengejutkan dan pendakwaan sedih ke atas kekejaman pemburuan ikan paus oleh Jepun.”
“Itu seterusnya melihatkan ciri-ciri operasi pemburuan ikan paus yang benar-benar mengerikan dan keterlaluan,” menurut pengurus kanan program kumpulan itu, Alexia Wellbelove.
Jepun adalah negara yang turut menandatangani Suruhanjaya Pemburuan Ikan Paus Antarabangsa, yang telah mengekalkan moratorium pemburuan ikan paus sejak 1986. – AFP