Sunday, July 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun cadang guna dron, AI dalam pertahanan

    TOKYO, 20 JUN – Kementerian Pertahanan Jepun telah tubuhkan satu pasukan khas untuk bincang dan rangka kaedah tempur baharu menggunakan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) dan teknologi AI.

    Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan keupayaan pertahanan Jepun, pasukan tersebut akan mengkaji peperangan di Ukraine dan melalui kerjasama pertahanan multinasional.

    Kementerian berkenaan berhasrat untuk menyediakan cara tersebut untuk semakan masa hadapan program pertahanan negara berkenaan.

    Kementerian berkenaan juga memutuskan mengenai dasar untuk membincangkan secara bersepadu cara menggunakan UAV iaitu salah satu strategi yang melibatkan pelbagai industri pertahanan dan isu berkaitan hubungan Jepun dan Amerika Syarikat (AS).

    Untuk itu, pasukan berkenaan ditubuhkan dengan dianggotai kira-kira 30 kakitangan.

    Sebilangan besar dron telah digunakan dalam perang antara Rusia dan Ukraine dan kapal laut tanpa pemandu juga telah berkesan.

    Taktik menggunakan UAV dan AI telah memberi impak yang besar terhadap hasil pertempuran, jadi pasukan tersebut akan meneliti elemen ini sepenuhnya. – ANN

    Sebuah dron milik rusia sedang menyerang sebuah bangunan di Kyiv, Ukraine pada 17 Jun. Jepun bercadang guna dron dalam strategi pertahanan negaranya. – Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda