Sunday, December 3, 2023
28.7 C
Brunei

    -

    Jepun catat 250,403 kes baharu

    TOKYO, 11 OGOS – Jepun mencatatkan 250,403 kes COVID-19 baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu, jumlah peningkatan harian terbesar sejak wabak itu mula dikesan, lapor media.

    Sebelumnya, 249,800 kes COVID-19 harian baharu dilaporkan pada 3 Ogos, lapor Xinhua memetik laporan agensi berita Kyodo kelmarin.

    Seperti kebanyakan negara lain, Jepun kini menghadapi gelombang ketujuh COVID-19 yang dikaitkan dengan penyebaran subvarian Omicron BA.5.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac 2020. Setakat ini, Jepun mencatatkan lebih 14.88 juta kes COVID-19, dengan lebih 34,000 kematian. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pengiraan undi bermula di 4 negeri India menjelang PRU 2024

    NEW DELHI, 3 DIS - Pengiraan undi bermula hari ini di empat negeri India dalam menguji kekuatan pembangkang India yang menentang parti pemerintah Perdana...