Thursday, July 4, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Jepun catat penurunan jualan kenderaan baharu

    TOKYO, 2 JULAI – Kenderaan baharu di Jepun pada separuh pertama 2024 merosot sebanyak 13.2 peratus berbanding setahun lalu kepada kira-kira 2.13 juta unit.

    Ini merupakan kali pertama berlaku dalam dua tahun jualan merosot berbanding jualan tahun sebelumnya, menurut data dari industri hari ini.

    Dalam enam bulan pertama, jualan kenderaan berdaftar turun 10.7 peratus tahun ke tahun kepada 1,397,651 unit, manakala jualan kenderaan ringan menjunam sebanyak 17.7 peratus kepada 729,839 unit, menurut angka awal yang dikeluarkan oleh Persatuan Penjual Kereta Jepun dan Kenderaan Bermotor Ringan Jepun dan Persatuan Motosikal.

    Pada bulan Jun sahaja, jualan kereta baharu menyaksikan aliran menurun 4.9 peratus untuk bulan keenam berturut-turut berbanding setahun lalu kepada 373,599 unit.

    Antara beberapa faktor yang menyumbang kepada kemerosotan jualan termasuk kekurangan ujian data menyebabkan terhentinya pengeluaran dan penghantaran model kereta tertentu seperti Toyota Yaris Cross dan Mazda Roadster RF.

    Walaupun permintaan kukuh untuk kereta baharu, penggantungan pengeluaran yang berterusan, gaji yang tidak berubah dan kenaikan harga masih menjejaskan perbelanjaan pengguna, menurut penganalisis tempatan yang turut meramalkan pasaran kereta baharu akan terus menghadapi kesukaran dalam beberapa bulan akan datang. – Xinhua

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Banjir: Sembilan maut, jutaan terjejas

    GUWAHATI, 4 JULAI – Hujan lebat dan sungai melimpah di timur laut India dan negara jiran, Bangladesh, telah meragut sekurang-kurangnya sembilan nyawa, menurut pegawai...