Thursday, July 17, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun catat rekod 21.5 juta pelancong

    TOKYO, 16 JULAI – Seramai 21.5 juta pelancong melawat Jepun dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, peningkatan 21 peratus tahun ke tahun, menurut angka rasmi hari ini, walaupun pelawat dari Hong Kong menurun sebanyak satu pertiga ekoran khabar angin gempa bumi.

    “Jumlah itu melebihi 20 juta dalam tempoh enam bulan,” kata Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO) dalam satu kenyataan.

    Angka itu pada Jun sahaja melonjak 7.6 peratus kepada rekod 3.4 juta, disebabkan peningkatan permintaan bertepatan dengan cuti sekolah,” katanya.

    Jumlah itu dirangsang oleh lonjakan tahun ke tahun dalam kalangan pelancong dari China, Korea Selatan, Singapura, India, Amerika Syarikat dan Jerman.

    Tetapi bilangan pelancong dari Hong Kong menjunam 33.4 peratus, dengan JNTO memetik khabar angin dalam talian tentang amaran gempa besar di Jepun.

    Pelancong dari Hong Kong melakukan hampir 2.7 juta perjalanan ke Jepun pada 2024. – AFP

    Gambar menunjukkan pelancong asing di jalan beli-belah Takeshita yang terkenal di Tokyo berhampiran Stesen JR Harajuku pada 18 Jun. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda