TOKYO, 24 FEB – Jepun akan menghadapi lebih banyak salji tebal selepas dua minggu berdepan hujan salji, kata agensi cuaca negara itu pada hari ini, memberi amaran kepada orang ramai untuk berhati-hati terhadap runtuhan salji dan jalan yang berais.
Kawasan di negara itu yang menghadap Laut Jepun, mengalami hujan salji lebat setiap tahun dan menjadi penginapan kepada banyak pusat peranginan ski, menarik sejumlah besar pelancong dari luar negara.
Bagaimanapun, beberapa buah bandar telah menyaksikan rekod salji bulan ini, menyebabkan gangguan trafik dan kematian.
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata pada hari ini bahawa lebih banyak salji dijangka turun di wilayah Niigata, Ishikawa dan Nagano, serta di beberapa wilayah barat termasuk Hiroshima dan Shimane.

Agensi itu juga memberi amaran kepada orang ramai untuk terus berwaspada terhadap runtuhan salji, jalan berais dan pembekuan paip air di kawasan tersebut.
Menjelang pukul 10 pagi tadi, Bandar Aomori di utara mencatatkan lima meter (16 kaki) salji, Uonuma di Niigata mencatatkan 3.81 meter dan Tadami di wilayah Fukushima mencatatkan 3.13 meter, menurut JMA. – AFP