Saturday, October 19, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun dijangka buka pusat peranginan mata air panas di AS

    TOKYO, 18 OKT – Salah sebuah syarikat hotel mewah terkemuka Jepun akan membuka pusat peranginan mata air panas onsen di bahagian utara New York yang dikatakan akan menjadi usaha niaga Jepun pertama seumpamanya di Amerika Syarikat (AS).

    Onsen Jepun, rumah mandian tempat pengunjung berehat bersama dalam air yang kaya mineral dengan pelbagai suhu merupakan industri domestik utama yang digemari oleh penduduk tempatan dan pelancong.

    Hoshino Resorts berkata ia akan membuka rumah penginapan baharunya di bandar kecil Sharon Springs pada 2028, menandakan penerokaan kedua ke dalam ekonomi terbesar dunia selepas gagal memenangi rakyat Amerika Utara semasa tahun-tahun ledakan Jepun 1980an.

    “Pengajaran terbesar yang kami pelajari pada tahun 80an ialah jika pengusaha hotel Jepun ingin memasuki pasaran AS, ia mesti memenuhi jangkaan yang kukuh untuk konsepnya bagi mencerminkan budaya Jepun,” kata syarikat itu kelmarin dalam satu kenyataan.

    “Langkah itu akan menandakan pembukaan pertama rumah penginapan onsen di AS oleh syarikat hotel Jepun,” katanya.

    Sharon Springs pernah menjadi mata air panas dan hab pelancongan yang meriah, tetapi ia memerlukan pemulihan setelah kehilangan kejayaannya sejak 100 tahun lalu menjadikannya lokasi yang sempurna untuk sebuah hotel baharu, kata Hoshino Resorts.

    Rumah penginapan ‘ryokan’ itu akan mempunyai sehingga 70 bilik pengunjung, menurut media Jepun. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda