Saturday, October 26, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun dijangka teruskan operasi buang bahan radioaktif Fukushima

    TOKYO, 25 OKT – Pengendali loji nuklear Fukushima Jepun yang terjejas akan meneruskan operasi untuk mengeluarkan sampel bahan radioaktif minggu depan, kata laporan hari ini, selepas menangguh usaha itu disebabkan masalah teknikal.

    Mengeluarkan kira-kira 880 tan bahan api radioaktif dan serpihan di dalam bekas stesen janakuasa kekal sebagai bahagian paling mencabar dalam menyahtauliah kemudahan itu, yang dilanda bencana tsunami pada 2011.

    Tahap radioaktiviti di dalam adalah terlalu tinggi untuk dimasuki manusia, dan bulan lepas jurutera mula memasukkan peranti untuk mencuba dan mengeluarkan sampel kecil.

    Bagaimanapun, pengendali Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) terpaksa menghentikan prosedur selepas menyedari kamera kawalan jauh tidak memancarkan semula imej ke pusat kawalan.

    TEPCO hari ini berkata ia akan menyambung semula operasi pada Isnin depan selepas menggantikan kamera sebelumnya dengan yang baharu, lapor harian Asahi Shimbun dan media tempatan lain.

    Pegawai TEPCO tidak dapat dihubungi segera untuk mengesahkan laporan tersebut. – AFP

    Gambar menunjukkan loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi di Okuma, wilayah Fukushima, utara Jepun pada 22 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda