Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Jepun dilanda gelombang haba

    TOKYO, 27 JUN – Kerajaan Jepun memberi amaran mengenai gangguan tenaga mungkin berlaku apabila cuaca panas melampau melanda negara itu dengan mencatat rekod baharu, selepas musim hujan Tokyo diumumkan berakhir jauh lebih awal berbanding catatan sebelum ini.

    Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), suhu 35 darjah Celsius diramalkan di Tokyo sepanjang hari ini dan suhu dijangka tidak akan turun di bawah 34 darjah Celsius sehingga Ahad ini.

    Amaran gangguan kuasa yang dikeluarkan hari ini dilanjutkan sehingga esok kerana penjanaan tenaga solar daripada sinaran suria menurun apabila matahari terbenam.

    “Kami meminta orang ramai untuk mengurangkan penggunaan tenaga pada waktu awal petang apabila nisbah rizab jatuh,” kata Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihiko Isozaki.

    Beliau juga memberi amaran bahawa penduduk harus melakukan apa yang diperlukan untuk kekal sejuk dan mengelakkan strok haba.

    Sebahagian besar Jepun biasanya akan mengalami musim hujan ketika ini, tetapi JMA hari ini mengisytiharkan musim itu berakhir di wilayah Kanto dan kawasan Koshin yang berdekatan.

    Ia adalah penghujung musim yang paling awal sejak mula direkodkan pada 1951 dan 22 hari lebih awal daripada biasa.

    Agensi itu juga mengisytiharkan penamatan musim hujan di Tokai tengah Jepun dan sebahagian selatan Kyushu, manakala musim hujan di Kanto-Koshin adalah yang paling singkat dalam rekod.

    Semalam, bandar Isesaki di wilayah Gunma di utara Tokyo mencatatkan suhu paling panas yang pernah dialami di Jepun pada bulan Jun, iaitu 40.2 darjah Celsius. – AFP

    Orang ramai berjalan menggunakan payung di daerah Ginza, Tokyo pada 26 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...