TOKYO, 29 SEPT – Gempa bumi magnitud 6.1 melanda pantai barat laut Jepun hari ini, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, kata pihak berkuasa Jepun dan Amerika Syarikat (AS).
Gempa bumi itu menyebabkan gegaran di sebahagian besar pantai timur laut dan turut dirasai di Tokyo, namun tiada kerosakan dilaporkan setakat ini. Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan, gempa itu melanda pada kedalaman 368 kilometer (km) di Laut Jepun, yang dikenali sebagai Laut Timur di Korea.
Agensi meteorologi Jepun berkata, tiada risiko tsunami susulan gegaran itu. – AFP