Friday, January 10, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun dilanda wabak influenza terbesar dalam 25 tahun

    TOKYO, 9 JAN – Jepun minggu lalu mencatatkan wabak influenza terbesar sejak data perbandingan mula direkodkan 25 tahun lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan hari ini.

    Analisis terkini Kementerian Kesihatan Jepun, berdasarkan data dari 5,000 klinik perubatan, menunjukkan bahawa dari 23 hingga 29 Disember, seramai 317,812 orang disahkan menghidap influenza.

    Angka tersebut adalah lebih tiga kali ganda daripada 104,612 kes yang dilaporkan dalam tempoh sama pada 2023 dan menjadi jumlah tertinggi bagi mana-mana minggu sejak rekod bermula pada 1999, kata kementerian itu.

    Kes influenza sering meningkat pada musim sejuk di Jepun dan negara lain, namun beberapa negara mencatatkan lonjakan kes yang luar biasa baru-baru ini, termasuk Perancis dan Britain.

    Di Australia, lebih 350,000 kes influenza yang disahkan di makmal direkodkan pada tahun lalu, melebihi rekod tertinggi sebelumnya iaitu 313,615 kes pada 2019, menurut sistem pemantauan penyakit kebangsaan negara itu. – AFP

    Gambar menunjukkan orang ramai melawat jalan komersial di Tokyo, Jepun pada 28 Disember lalu. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda