Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun, EU ingin kukuh kerjasama peraturan kecerdasan buatan

    TOKYO, 4 JULAI – Jepun dan Kesatuan Eropah (EU) akan mengukuhkan kerjasama dalam bidang digital, termasuk mengadakan perbincangan berkala mengenai peraturan kecerdasan buatan (AI).

    Dalam satu kenyataan bersama pada Isnin, kedua-dua pihak turut sepakat untuk meneruskan perbincangan mengenai kepentingan infrastruktur komunikasi yang terbuka dan selamat memandangkan piawaian komunikasi pembangunan teknologi generasi keenam atau 6G sudah bermula.

    Kenyataan bersama itu diterima pakai pada mesyuarat peringkat menteri di Tokyo, dihadiri Menteri Digital Jepun, Taro Kono dan Menteri Komunikasi, Takeaki Matsumoto serta Pesuruhjaya Eropah bagi Pasaran Dalaman Thierry Breton, lapor Jiji Press.

    Dalam sidang akhbar dalam talian, Breton berkata EU dan Jepun memiliki hubungan ekonomi yang sangat baik dan berkongsi kebimbangan yang sama mengenai keselamatan ekonomi.

    “Kami mengesahkan bahawa kami akan lebih bersatu berbanding sebelum ini,” kata Kono.

    Menjelang mesyuarat peringkat menteri, Matsumoto dan Breton mengadakan perbincangan dan bertukar memorandum kerjasama mengenai kabel dasar laut yang menghubungkan Jepun dan EU.

    Kedua-dua pegawai itu berkongsi pandangan bahawa kabel bawah laut melalui Lautan Artik. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda