Tuesday, January 21, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun gesa penduduk waspada gegaran susulan dan tsunami

    TOKYO, 20 JAN – Agensi Meteorologi Jepun (JMA) menggesa penduduk untuk terus berwaspada terhadap kemungkinan gegaran susulan dan tsunami meskipun aktiviti seismik menunjukkan penurunan secara beransur-ansur, seminggu selepas gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda wilayah Kyushu.

    Gempa bumi pada 13 Januari itu mencetuskan gegaran berintensiti 5 Rendah pada skala intensiti seismik Jepun di Bandar Miyazaki dan kawasan sekitarnya, serta menghasilkan tsunami setinggi 20 sentimeter.

    Menurut penyiar nasional NHK, sehingga jam 11 pagi hari ini, sebanyak 12 gegaran susulan berukuran satu atau lebih tinggi pada skala intensiti seismik telah direkodkan. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda