Jepun guna Remdesivir rawat pesakit COVID-19

TOKYO, 28 APRIL – Perdana Menteri Shinzo Abe berkata Jepun dijangka meluluskan penggunaan ubat antivirus remdesivir untuk merawat pesakit koronavirus pada Mei.

“Kelulusan untuk farmaseutikal (remdesivir) akan dapat dibuat tidak lama lagi,” kata Abe pada sesi parlimen, Isnin, menurut Kyodo News.

Remdesivir dihasilkan oleh syarikat biofarmaseutikal AS, Gilead Sciences Inc. juga digunakan untuk merawat penyakit Ebola.

Ujian klinikal dijalankan pasukan antarabangsa kepada pesakit yang mempunyai gejala COVID-19 akan berakhir bulan ini. Sebaik Gilead Sciences mengemukakan permohonan, Jepun akan segera meluluskannya. – Bernama