Saturday, October 12, 2024
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun hampir tempah slot piala dunia

    TOKYO, 11 OKT – Pemain tengah Crystal Palace, Daichi Kamada, menyatakan bahawa Jepun kini berada dalam kedudukan yang kukuh untuk layak ke Piala Dunia buat kali kelapan berturut-turut jika mereka berjaya menewaskan Australia minggu depan, selepas meneruskan rekod sempurna dalam kelayakan.

    Jepun menewaskan Arab Saudi 2-0 di Jeddah, awal pagi tadi, menjadikan tiga kemenangan daripada tiga perlawanan dalam pusingan ketiga kelayakan Asia.

    Jepun kini lima mata di hadapan di puncak Kumpulan C, dengan dua pasukan teratas akan layak secara automatik ke Piala Dunia 2026, manakala pasukan di tempat ketiga dan keempat akan melalui satu lagi pusingan kelayakan.

    Jepun akan bertemu Australia yang berada di tempat kedua di Saitama, Selasa ini, dan Kamada berkata kemenangan akan hampir pasti menempah tempat Jepun di pusingan akhir yang akan diadakan di Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico.

    “Kami akan bermain di tempat sendiri di hadapan ramai penyokong, dan kami perlu menang,” katanya seperti yang dipetik oleh media Jepun.

    “Jika kami menang perlawanan ini, Piala Dunia akan terasa semakin hampir bagi kami, jadi kami perlu bekerja keras,” tambahnya.

    Kamada menjaringkan gol pertama Jepun dalam perlawanan menentang Arab Saudi di hadapan lebih 56,000 penyokong di King Abdullah Sports City, sebelum pemain gantian, Koki Ogawa, menjaringkan gol kedua menerusi tandukan lapan minit sebelum tamat perlawanan. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda