Saturday, April 19, 2025
26.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun hantar 1.1 juta dos AZ ke Taiwan

    TOKYO, 6 JULAI – Jepun dijangka menghantar sumbangan sebanyak 1.1 juta dos vaksin AstraZeneca (AZ) ke Taiwan minggu ini bagi membantu pulau itu memerangi penularan terburuk wabak COVID-19 dan kesukarannya mendapat vaksin.

    Taiwan yang hanya merekodkan sejumlah kecil kematian sebelum penularan terbaharu, menyaksikan angka kematian meningkat kepada lebih 700 orang. Jumlah kes harian bagaimanapun telah pun reda, dengan pihak pentadbiran pulau itu melapor 29 kes dan 17 lagi kematian hari ini.

    Menteri Luar Jepun Toshimitsu Motegi mengatakan vaksin AZ dijadualkan dihantar pada Khamis – penghantaran kedua vaksin kepada Taiwan dalam sebulan selepas ia menyumbangkan 1.24 juta dos vaksin AZ.

    Banyak negara bergelut mendapatkan vaksin ketika pengilang berdepan kelewatan dalam pengeluarannya, termasuk Taiwan yang cuba membangunkan vaksinnya sendiri, namun kelulusan masih belum diperolehi.

    Jepun merancang membangunkan vaksin dalam negara, namun rancangan itu belum pasti, kini sedang menginokulasi rakyatnya dengan dos-dos vaksin asing Pfizer dan Moderna.

    Ia bagaimanapun belum ada rancangan segera menggunakan AZ yang dihasilkan di Jepun di bawah perjanjian lesen.

    Di bawah pengaturan hubungan dua hala, Jepun sudah pun menyumbangkan 1 juta dos vaksin AZ kepada Vietnam, Indonesia dan Malaysia serta sumbangan kepada Thailand dan Filipina hujung bulan ini. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda