Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Jepun hapus 15 juta unggas

    TOKYO, 16 FEB – Hampir 15 juta unggas telah dimusnahkan di Jepun, rekod tertinggi untuk satu musim, di tengah-tengah penularan selesema burung yang belum pernah berlaku sebelum ini di seluruh negara, kata kementerian perladangan hari ini.

    Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun berkata burung yang dimusnahkan kini berjumlah 14.78 juta, lebih 50 peratus daripada rekod 9.87 juta yang dihapuskan pada musim 2020-2021.

    Angka itu meningkat apabila penyakit itu menjejaskan sebahagian besar ladang ayam, termasuk satu di Bandar Misawa, Wilayah Aomori, di mana kira-kira 1.39 juta unggas telah dimusnahkan pada Disember.

    Data kementerian menunjukkan 76 wabak selesema burung telah disahkan di ladang ayam dan di tempat lain di 25 wilayah sejak kes pertama dilaporkan pada Oktober tahun lalu di Wilayah Okayama dan Hokkaido. – Xinhua

    1

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...