Friday, December 8, 2023
24.5 C
Brunei

    -

    Jepun hapus sistem kuarantin COVID ketibaan di lapangan terbang

    TOKYO, 2 SEPT – Jepun kelmarin memaklumkan bahawa negara itu akan merombak sistem kuarantin COVID di lapangan terbang, bagi memudahkan mereka yang tiba dari luar negara melengkapkan prosedur yang diperlukan dengan menggunakan telefon pintar atau peranti lain.

    Kerajaan menetapkan agar sistem yang diubah suai itu dapat digunakan pada pertengahan September, lapor Jiji Press.

    Pada ketika ini, mereka yang tiba dari luar negara diminta melengkapkan maklumat sijil vaksinasi COVID dan lain-lain menerusi pautan laman sesawang atau aplikasi MySOS terlebih dahulu.

    Sistem baharu yang diubah suai itu akan membolehkan penumpang mendaftar semua maklumat yang diperlukan untuk menjalani prosedur kuarantin lapangan terbang secara lebih cepat. Mereka yang telah mendaftar hanya perlu menunjukkan kod QR di lapangan terbang.

    Jepun juga akan melonggarkan langkah kawalan sempadan COVID dan mengecualikan ketibaan mereka yang lengkap tiga dos vaksin selain menyerahkan keputusan negatif ujian COVID.

    Di samping itu, negara itu akan menaikkan had kemasukan ke negara ini kepada 50,000 berbanding 20,000 ketika ini dan membenarkan kemasukan pelancong luar negara menerusi pakej pelancongan tanpa konduktor.

    “Jepun akan mempermudah lagi langkah kawalan sempadan untuk merealisasikan kemasukan yang lancar setanding dengan Kumpulan Tujuh (G7) yang lain,” kata Ketua Setiausaha Kabinet Hirokazu Matsuno pada sidang media kelmarin. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Undang-undang pilihan raya Hong Kong baharu tipiskan kumpulan calon

    HONG KONG, 8 DIS - Salah seorang ahli majlis pro-demokrasi Hong Kong yang paling lama berkhidmat menganjurkan parti perpisahan dengan penduduknya pada akhir Disember....

    5 maut dalam kebakaran