Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Jepun, India adakan rundingan keselamatan

    TOKYO, 8 SEPT – Menteri Luar Jepun berkata hari ini terdapat ‘keperluan meningkat’ untuk India dan Jepun memperkukuhkan kerjasama keselamatan ketika kedua-dua negara mengadakan perbincangan bagi mendalamkan lagi hubungan ketenteraan di tengah-tengah ketegangan bertambah dari China dan Rusia di rantau itu.

    Menteri Luar Yoshimasa Hayashi dan Menteri Pertahanan Yasukazu Hamada bertemu dengan rakan sejawatan mereka dari India, Subrahmanyam Jaishankar dan Rajnat Singh, di Tokyo, yang muncul pada waktu sensitif ketika Rusia mengadakan latihan ketenteraan multinasional utama di timur jauhnya, dengan China dan India menyertainya.

    “Memandangkan kami berdepan banyak cabaran di Indo-Pasifik dan di luar rantau ini hari ini, kami ingin berkongsi kesedaran tentang persekitaran keselamatan di rantau ini supaya kami boleh mencapai kerjasama yang konkrit dan kukuh antara kami,” kata Hayashi.

    Beliau menekankan tentang perang Rusia ke atas Ukraine, tindakan China yang tegas, termasuk ketegangan yang semakin memuncak dekat Taiwan, serta ancaman peluru berpandu dan nuklear Korea Utara.

    Jepun, yang mengadakan rundingan keselamatan “2+2” pertamanya pada 2019 dengan kedua-dua menteri luar dan menteri pertahanan, berharap dapat meningkatkan lagi kerjasama pertahanan mereka dalam latihan bersama, teknologi dan peralatan.

    Hamada, yang mengadakan rundingan pertahanan dengan Singh awal hari ini, berkata latihan bersama dua hala dan multinasional mereka dan kerjasama pertahanan lain telah berkembang dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan akan dinaikkan ke “tingkat tertinggi baharu.” Beliau berkata latihan jet pejuang bersama pertama mereka sedang dirancang. – AP

    Subrahmanyam Jaishankar, (kiri), Yoshimasa Hayashi, Rajnat Singh dan Yasukazu Hamada pada Iikura Guesthouse di Tokyo pada 8 September. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...