TOKYO, 16 JAN – Jepun dan India memulakan latihan jet pejuang bersama pertama mereka hari ini dekat Tokyo ketika negara-negara itu meningkatkan hubungan pertahanan dan keselamatan dengan memerhatikan kekuatan ketenteraan China yang semakin meningkat.
Latihan bersama selama 11 hari itu akan melibatkan lapan buah jet pejuang Jepun, dengan India menghantar empat buah pesawat pejuang, dua buah pesawat pengangkut dan sebuah kapal tangki mengisi minyak, kata Kementerian Pertahanan Jepun.
Kira-kira 150 anggota Tentera Udara India mengambil bahagian dalam latihan di Pangkalan Udara Hyakuri, di wilayah Ibaraki, timur laut Tokyo. – AFP
