Friday, February 7, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun, Indonesia bincang situasi Myanmar

    TOKYO, 29 MAC – Menteri Luar Jepun, Toshimitsu Motegi mengecam peningkatan tindakan keras Myanmar ke atas penunjuk perasaan pro-demokrasi, dalam rundingan bersama rakan sejawat Indonesia, yang melawat Tokyo bagi membincangkan keselamatan memfokuskan pengaruh China di lautan rantau it.

    Motegi ‘mengutuk sekeras-kerasnya’ tindakan keras tentera yang semakin berleluasa ke atas penunjuk perasaan di Myanmar dan menyambut baik respons oleh negara-negara anggota Asia Tenggara ke atasnya, menurut kementeriannya dalam satu kenyataan.

    Motegi dan Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi membincangkan situasi Myanmar dua kali melalui panggilan telefon semenjak rampasan kuasa junta pada 1 Februari, menyetujui hari ini untuk memperbaiki situasi itu di negara itu, kata kementerian.

    Tindakan keras kerajaan junta meningkat dalam masa beberapa hari kebelakangan. Sekurang-kurangnya 114 orang, termasuk beberapa kanak-kanak terbunuh akibat kekerasan pihak berkuasa keselamatan pada Sabtu sahaja.

    Jumlah itu menyebabkan pakar hak asasi manusia PBB menuduh junta melakukan ‘pembunuhan besar-besaran’ dan mengkritik masyarakat antarabangsa yang tidak melakukan usaha mencukupi untuk menghentikannya. –AFP

    Motegi dan Marsudi semasa perjumpaan di Tokyo. –AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda