Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun ingin terus pertingkat hubungan dengan Sabah

    KOTA KINABALU, 31 Julai – Jepun berhasrat mengukuhkan lagi hubungannya dengan Sabah yang kini ditadbir kerajaan baharu.

    Kaunselor Pejabat Konsul Jepun di Kota Kinabalu, Hiroko Matsuo berkata hubungan diplomatik Malaysia-Jepun yang terjalin sejak lebih 60 tahun lepas, menyaksikan pelbagai peristiwa menarik melibatkan kedua-dua negara.

    “Kami ingin terus mengadakan acara sedemikan di samping meneruskan hubungan baik sedia ada.

    “Pejabat kami ini (di Kota Kinabalu) akan berusaha untuk menyokong dan membantu mengukuhkan lagi hubungan dengan Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di pejabat pemimpin negeri itu di sini hari ini. Pada perjumpaan itu, Matsuo menyampaikan ucapan tahniah pejabat konsul berkenaan kepada Shafie atas pelantikan beliau sebagai Ketua Menteri dan pembentukan kerajaan baharu negeri ini. Menjawab soalan pemberita, beliau berkata kira-kira 400 rakyat Jepun kini menetap di Sabah dan kira-kira 30,000 rakyat Jepun melancong ke Sabah setiap tahun. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda