Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun, Jordan tegaskan komitmen ke arah keamanan Timur Tengah

    TOKYO, 9 MEI – Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba dan Putera Mahkota Jordan, Al Hussein bin Abdullah II menegaskan komitmen kedua-dua negara untuk bekerjasama ke arah merealisasikan keamanan di Timur Tengah, lapor Jiji Press.

    Dalam pertemuan selama 20 minit di Pejabat Perdana Menteri di Tokyo kelmarin, kedua-dua pemimpin membincangkan isu-isu berkaitan Timur Tengah termasuk situasi di Semenanjung Gaza yang terjejas akibat serangan Israel.

    Ishiba menegaskan bahawa Jepun akan terus berusaha ke arah penyelesaian dua negara antara Palestin dan Israel serta keamanan dan kemakmuran rantau itu, dengan kerjasama Jordan.

    Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Putera Mahkota atas kerjasama Jordan dalam usaha memindahkan rakyat Jepun dari beberapa negara di sekitar rantau berkenaan.

    Putera Mahkota Al Hussein pula menghargai sokongan Jepun dalam pelbagai bidang termasuk pembaharuan ekonomi dan menyatakan bahawa Jordan tidak akan berkira dalam membantu Jepun, termasuk dalam perlindungan rakyat negara itu. – Bernama

    Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba dan Putera Mahkota Jordan Al Hussein bin Abdullah II di Pejabat Perdana Menteri di Tokyo. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda