Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun keluarkan amaran salji lebat

    TOKYO, 22 DIS – Agensi cuaca Jepun hari ini mengeluarkan amaran salji lebat untuk beberapa wilayah utara Jepun, ketika salji lebat terus melanda beberapa bahagian di negara itu.

    Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran untuk beberapa kawasan di wilayah itu, termasuk Hokkaido, Niigata, Toyama dan Fukui, yang kedua tertinggi dalam sistem amaran empat peringkat negara untuk salji.

    Dengan salji yang semakin meningkat, terutamanya di kawasan Hokuriku dan wilayah Niigata, agensi itu memberi amaran mengenai kemungkinan gangguan lalu lintas.

    Menurut agensi itu, sebahagian kawasan Tohoku di sepanjang Laut Jepun juga mengalami keadaan yang cuaca semakin teruk, lapor Xinhua.

    Setakat pagi hari ini, perkampungan Shirakawa di wilayah Gifu menyaksikan timbunan salji setebal 62 sentimeter (cm), manakala Ono City di wilayah Fukui merekodkan salji setebal 48cm. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda