Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun kembali bernyawa

    SAITAMA, 12 OKT – Jepun menghidupkan kembali kempen kelayakan Piala Dunia mereka dengan mencatatkan kemenangan dramatik 2-1 ke atas Australia, hari ini.

    Jaringan sendiri dari Aziz Behich pada minit ke-88 di Saitama memberikan tiga mata berharga buat Jepun, yang memulakan kempen dalam Kumpulan B dengan dua kekalahan daripada tiga perlawanan.

    Jepun mengharungi perlawanan dan mengetahui sekiranya gagal meraih kemenangan akan menyebabkan kedudukan mereka dalam bahaya terlepas beraksi di Piala Dunia buat kali pertama sejak 1994.

    Ao Tanaka memberikan permulaan cemerlang selepas membuka jaringan seawal minit kelapan, namun pemain Australia, Ajdin Hrustic berjaya menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma pada minit ke-70.

    Tetapi Behich melakukan kesilapan menjaringkan gol sendiri selepas Takuma Asano memberi tekanan dengan perlawanan berbaki empat minit, sekali gus mengekalkan Jepun dalam misi untuk memburu kedudukan automatik layak ke Qatar 2022 dalam Kumpulan B.

    Reaksi pemain Jepun meraikan kemenangan selepas wisel penamat dibunyikan. – AFP

    Wataru Endo melakukan tandukan pada minit ke enam namun tersasar ketika Jepun mendapat peluang pada awal perlawanan, dan pasukan tuan rumah tidak menunggu lama untuk mendapat gol pembukaan.

    Takumi Minamino melakukan hantaran lintang rendah yang gagal dipintas oleh Behich, dan Tanaka membuat percubaan melepasi penjaga gawang, Maty Ryan.

    Yuya Osaka nyaris menambah jaringan selepas melepaskan kawalan daripada pertahanan Australia pada minit ke-35.

    Namun, The Socceroos hampir menyamakan kedudukan selepas percubaan Adam Taggart terkena tiang sebelum separuh masa.

    Aaron Mooy, juga hampir memberikan pasukan pelawat mendahului perlawanan pada separuh masa kedua, sebelum The Socceroos menyangka mereka diberikan sepakan penalti apabila Hidemasa Morita menjatuhkan Hrustic. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda