Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun kemuka permohonan bajet bernilai AS$53 bilion

    TOKYO, 31 OGOS – Kementerian Pertahanan Jepun hari ini mengemukakan permohonan bajet tertinggi bernilai AS$53 bilion untuk tahun fiskal akan datang apabila ketegangan dengan China dan Korea Utara semakin meningkat.

    Perdana Menteri Fumio Kishida tahun lalu melancarkan rombakan keselamatan besar-besaran termasuk ikrar untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan kepada dua peratus daripada KDNK menjelang 2027.

    Kementerian Pertahanan memohon sejumlah AS$53 bilion untuk tahun fiskal 2024-25, meningkat daripada 6.8 bilion yen bagi tahun semasa, menurut permohonan yang dilihat oleh AFP.

    Kementerian itu berhasrat untuk membelanjakan 380 bilion yen untuk membina dua kapal perang baharu yang dilengkapi dengan sistem pertahanan peluru berpandu Aegis yang dibangunkan Amerika Syarikat (AS).

    Kira-kira 755 bilion yen akan digunakan untuk menyokong kapasiti pertahanan negara itu seperti pembelian peluru berpandu.

    Jepun juga merancang untuk membelanjakan 75 bilion yen untuk pembangunan bersama pemintas untuk menembak jatuh peluru berpandu hipersonik.

    Jepun bimbang dengan hasrat ketenteraan China yang semakin meluas termasuk kemungkinan pencerobohan Taiwan secara kekerasan. – AFP

    Gambar menunjukkan kawasan luar Kementerian Pertahanan Jepun di pintu masuk utama di Tokyo pada 17 September 2021. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda