Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun ketatkan protokol trafik udara

    TOKYO, 10 JAN – Jepun telah mengetatkan protokol kawalan trafik udaranya selepas perlanggaran dahsyat di lapangan terbang utama Tokyo yang mengakibatkan lima orang maut, di mana ratusan menyelamatkan diri, kata kerajaan hari ini.

    Langkah keselamatan kecemasan itu diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan selepas jet penumpang Japan Airlines (JAL) merempuh pesawat pengawal pantai di landasan di Lapangan Terbang Haneda pada 2 Januari.

    Kesemua 379 penumpang dan anak kapal dalam pesawat itu telah dipindahkan dengan segera, tetapi lima daripada enam anak kapal maut di dalam pesawat kecil itu, yang sedang menuju untuk menghantar bekalan ke kawasan yang dilanda gempa bumi.

    Di bawah keperluan baharu di seluruh negara, seorang kakitangan mesti sentiasa memantau sistem pemantauan yang memberi amaran kepada menara kawalan apabila pencerobohan landasan berlaku.

    Dan untuk mengelakkan salah faham, pengawal tidak boleh memberitahu pesawat berapakah giliran mereka untuk berlepas, kata kementerian itu dalam kenyataan yang dimuat naik ke laman webnya.

    “Salah satu misi terbesar saya ialah memulihkan keyakinan dalam penerbangan sebagai pengangkutan awam,” kata Menteri Pengangkutan, Tetsuo Saito kelmarin.

    Kementerian akan menubuhkan panel pakar untuk menyiasat lanjut cara untuk meningkatkan keselamatan, dengan cadangan mereka akan diumumkan minggu ini. – AFP

    Sebuah pesawat JAL berada di pintu pagar Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX) di Los Angeles, California pada 8 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda