Jepun ketinggalan dalam transaksi digital

TOKYO, 21 OGOS – Sebelum ini menjadi pengasas transaksi tanpa tunai, Jepun kini ketinggalan di belakang ketika ekonomi-ekonomi besar dunia semakin banyak menggunakan pembayaran elektronik, sementara penduduk tua Jepun masih menggunakan wang fizikal.

Empat dari lima pembelian masih dibuat secara tunai di Jepun, meskipun reputasinya sebagai negara inovasi dan masa depan. Di Korea Selatan pula, kira-kira 90 peratus pembelian adalah digital, sementara Sweden menyasarkan masyarakat tanpa tunai seawal 2023.

Tetapi di Jepun, di mana jenayah dan penipuan wang palsu adalah hampir tiada jadi penduduk di sana merasakan selamat untuk membawa tunai, tindak balas pengguna juga perlahan.

Di sebuah kedai pembaikan basikal milik Katsuyuki Hasegawa, para pelanggan dijemput untuk menyelesaikan bil mereka menggunakan PayPay, satu kerjasama antara Softbank dan Yahoo, menggunakan kod QR melalui telefon pintar mereka.

Tetapi hanya ‘dua atau tiga’ orang sahaja dalam seminggu menggunakan perkhidmatan itu, kata Hasegawa kepada AFP.

“Di tempat seperti ini, semuanya adalah sangat perlahan. Kami menerima ramai warga emas yang suka berborak-borak sambil membuat bayaran mereka. Mereka tidak memerlukan transaksi pantas,” kata penjaga kedai berusia 40 tahun itu.

“Secara peribadi, saya lebih memilih tunai. Dengan PayPay, anda sukar untuk merekodkan wang anda,” tambahnya. – AFP

Gambar 25 Julai 2019 menunjukkan satu transaksi menggunakan PayPay di salah sebuah restoran di Tokyo. Empat dari lima pembelian masih dibuat secara tunai di Jepun, meskipun reputasinya sebagai negara inovasi dan masa depan. – AFP