Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun, Korea S sambung semula perjanjian pertukaran mata wang

    TOKYO, 29 JUN – Jepun dan Korea Selatan hari ini bersetuju untuk menghidupkan semula perjanjian pertukaran mata wang untuk masa krisis, sebagai tanda terbaharu hubungan yang semakin baik ketika kedua-dua negara berusaha untuk meredakan persengketaan sejarah.

    Menteri Kewangan Jepun, Shunichi Suzuki mengumumkan perjanjian tersebut selepas bertemu dengan rakan sejawatannya dari Korea Selatan, Choo Kyungho.

    Ia merupakan kali pertama kedua-dua negara mengadakan perbincangan kewangan tahunan dalam tempoh tujuh tahun, walaupun Suzuki dan Choo bertemu di Korea Selatan pada Mei.

    Suzuki memberitahu pemberita bahawa perjanjian pertukaran mata wang tiga tahun itu akan membantu mengukuhkan kepercayaan terhadap kestabilan kewangan kedua-dua negara sebagai langkah kecemasan.

    Tetapi beliau menekankan bahawa Jepun bersedia sepenuhnya untuk menangani kadar turun naik dalam mata wang yen Jepun, yang melemahsecara mendadak berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada tahun lalu. – AP

    Menteri Kewangan Jepun, Shunichi Suzuki (kiri) dan Menteri Ekonomi dan Kewangan Korea Selatan, Choo Kyungho berjabat tangan sebelum pertemuan mereka di kementerian kewa-ngan di Tokyo, 29 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda