Friday, November 15, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun: Korea U umumkan pelancaran ‘satelit’

    TOKYO, 29 MEI – Korea Utara telah memaklumkan Jepun bahawa ia sedang bersiap untuk melancarkan satelit seawal minggu ini, Tokyo mengumumkannya hari ini tetapi memberi amaran bahawa ia mungkin sebenarnya adalah ujian peluru berpandu balistik yang melanggar sekatan.

    Korea Utara memaklumkan Jepun bahawa ia akan melancarkan roket antara 31 Mei dan 11 Jun, mengenal pasti perairan berhampiran Laut Kuning, Laut China Timur dan ke timur Pulau Luzon di Filipina sebagai kawasan amaran, kata jurucakap pengawal pantai Jepun kepada AFP.

    Zon sedemikian biasanya ditetapkan untuk serpihan yang jatuh atau fasa-fasa roket.

    Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida memberitahu pegawai supaya mengumpulkan risikan ‘mengenai pemberitahuan Korea Utara tentang pelancaran peluru berpandu balistik yang disifatkannya sebagai satelit’, kata pejabatnya dalam satu ciapan.

    “Walaupun ia digambarkan sebagai satelit, pelancaran menggunakan teknologi peluru berpandu balistik merupakan satu pelanggaran resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu” dan akan mengancam keselamatan orang ramai, Kishida memberitahu pemberita. – AFP

    Skrin TV menunjukkan imej fail pelancaran roket Korea Utara semasa program berita di Stesen Kereta Api Seoul di Seoul, Korea Selatan, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda