Friday, December 8, 2023
24.5 C
Brunei

    -

    Jepun labur AS$500 juta dalam projek mikrocip

    TOKYO, 11 NOV – Kerajaan Jepun akan melabur setengah bilion dolar dalam projek baharu untuk membangunkan dan mengeluarkan mikrocip generasi akan datang, kata ketua setiausaha kabinet Hirokazu Matsuno hari ini.

    Lapan syarikat utama termasuk Sony, SoftBank, Toyota dan NTT telah bergabung untuk menyertai usaha sama tersebut, menurut laporan media Jepun.

    Firma baharu itu, bernama Rapidus, akan menghasilkan semikonduktor generasi akan datang menjelang 2027, menurut saluran media utama termasuk penyiar negara NHK dan Mainichi Shimbun.

    Cip canggih ini akan digunakan dalam gajet pintar dan bandar pintar dengan sensor berkelajuan tinggi. Komponennya adalah amat nipis – sebahagian kecil daripada saiz sehelai rambut.

    Setiap syarikat telah melabur kira-kira satu bilion yen (AS$7 juta), dengan Bank MUFG melabur 300 juta yen, kata kementerian industri.

    Kementerian akan memberikan 70 bilion yen kepada Rapidus untuk memimpin projek penyelidikan dan pembangunan semikonduktor generasi akan datang, kata Matsuno tanpa mengulas lanjut.

    “Semikonduktor akan menjadi teknologi utama yang menyokong pendigitalan dan penyahkarbonan,” kata Matsuno pada taklimat media.

    “Kami berharap langkah yang diambil akan membantu menambah daya saing industri semikonduktor negara kami.”

    Cip generasi akan datang adalah penting untuk kecerdasan buatan dan sistem pemanduan automatik. Pelaburan dalam teknologi tersebut akan membawa kepada kewujudan pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi, kata kerajaan Jepun. – AFP

    Yasutoshi Nishimura bercakap semasa sidang media di Kementerian Ekonomi, Tokyo, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Undang-undang pilihan raya Hong Kong baharu tipiskan kumpulan calon

    HONG KONG, 8 DIS - Salah seorang ahli majlis pro-demokrasi Hong Kong yang paling lama berkhidmat menganjurkan parti perpisahan dengan penduduknya pada akhir Disember....

    5 maut dalam kebakaran