TOKYO, 13 Julai – Jepun hari ini telah melaksanakan penghukuman mati ke atas dua orang pembunuh yang disabitkan bersalah, menurut kementerian kehakiman, dengan tidak mengendahkan gesaan dari kumpulan hak asasi antarabangsa supaya menamatkan hukuman mati itu. Penghukuman mati di tali gantung ke atas Masakatsu Nishikawa dan Koichi Sumida menjadikan 19 orang yang telah dihukum mati sejak Perdana Menteri konservatif Shinzo Abe memegang pucuk pimpinan pada lewat 2012.
Nishikawa, 61 tahun, disabitkan kesalahan membunuh empat orang wanita pemilik bar di barat Jepun pada tahun 1991, manakala Sumida, 34 tahun dijatuhi hukuman mati kerana membunuh rakan sekerja wanita pada tahun 2011 dan telah mengerat-ngerat mayat wanita itu, menurut laporan berita. – AFP