Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Jepun lancar penerbangan belon tinjau angkasa lepas

    TOKYO, 21 FEB – Sebuah syarikat pemula Jepun kelmarin melancarkan belon tinjau angkasa komersil yang diharap akan mengubah pengalaman mahal astronomi menjadi lebih murah.

    Presiden syarikat, Keisuke Iwaya memberitahu pemberita bahawa penumpang tidak perlu menjadi bilionair, menjalani latihan yang intensif atau mempunyai kemahiran bahasa yang diperlukan untuk terbang dalam roket.

    “Ia selamat, menjimatkan dan menyenangkan untuk orang ramai,” kata Iwaya. “Ideanya adalah untuk menjadikan pelancongan angkasa lepas untuk semua orang.”

    Dia berkata dia mahu mendemokrasikan angkasa lepas. Syarikat Iwaya Giken, yang berpangkalan di ibu kota Hokkaido, Sapporo di utara Jepun, telah mengusahakan projek itu sejak 2012 dan berkata ia telah membangunkan kabin dua tempat duduk dan belon yang mampu naik hingga ketinggian 25 kilometer di mana lengkungan bumi dapat dilihat dengan jelas.

    Walaupun penumpang tidak akan berada di angkasa lepas, belon itu akan membawa mereka naik ke tengah stratosfera, lebih tinggi daripada pesawat jet terbang dan mempunyai pemandangan luar angkasa. Syarikat itu bekerjasama dengan agensi pelancongan utama Jepun, JTB Corp, yang mengumumkan rancangan untuk bekerjasama dalam projek tersebut apabila syarikat itu bersedia untuk perjalanan komersial.

    Pada mulanya, penerbangan akan menelan kos kira-kira 24 juta yen (AS$180,000), tetapi Iwaya berkata dia akhirnya berhasrat untuk menurunkannya kepada beberapa juta yen (berpuluh-puluh ribu dolar) sahaja. – AP

    Keisuke Iwaya (kiri) mendedahkan belon tinjau angkasa dengan kabin dua tempat duduk semasa sidang akhbar di Tokyo. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...