Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun lancar satelit pertahanan guna roket H3 baharu

    TOKYO, 4 NOV – Jepun melancarkan satelit pertahanan yang direka untuk operasi ketenteraan dan pengumpulan maklumat menggunakan roket H3 baharu sebagai roket utama hari ini, sebagai usaha negara itu untuk memperkukuhkan keupayaan ketenteraannya semasa ketegangan yang semakin meningkat di rantau tersebut.

    Roket H3 No. 4 berlepas dari Pusat Angkasa Tanegashima di pulau Jepun di barat daya.

    Semua berjalan lancar dan satelit yang terletak di bahagian atas roket berjaya dipisahkan kira-kira setengah jam selepas pelancaran, menurut Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA) dalam siaran langsungnya.

    Satelit yang dilancarkan, Kirameki No. 3, yang dimiliki oleh Kementerian Pertahanan Jepun, menggunakan komunikasi X-band yang direka khas untuk operasi ketenteraan dan pengawasan, termasuk pengesanan aktiviti peluru berpandu Korea Utara.

    Satelit X-band itu kurang terjejas oleh keadaan cuaca dan mampu menyokong komunikasi yang stabil. Kirameki No. 3 melengkapkan dua satelit X-band yang sudah beroperasi.

    Ia merupakan penerbangan ketiga yang berjaya berturut-turut selepas kegagalan mengejutkan dalam penerbangan sulungnya tahun lepas. – AP

    Roket H3 baharu yang membawa satelit komunikasi kementerian pertahanan dilancarkan dari Pusat Angkasa Tanegashima, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda