Saturday, July 6, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Jepun lancar wang kertas baharu

    TOKYO, 3 JULAI – Jepun hari ini mula mengeluarkan wang kertas baharu 10,000 yen, 5,000 yen dan 1,000 yen, yang menandakan corak  baharu pertama sejak 2004.
     
    Wang kertas semasa akan kekal sah berikutan pengedaran wang kertas baharu, menurut Kementerian Kewangan dan Bank Jepun.
     
    Wang kertas 10,000 yen yang direka bentuk semula itu memaparkan gambar industrialis Eiichi Shibusawa, yang dikenali sebagai ‘pelopor kapitalisme Jepun’ dan ‘perintis masyarakat Jepun moden’, yang terlibat dalam penubuhan kira-kira 500 syarikat semasa hayatnya.
     
    Menampilkan imej wanita buat pertama kali, gambar Umeko Tsuda, seorang pendidik yang mempelopori pendidikan tinggi wanita, akan digambarkan dalam wang kertas baharu 5,000 yen.
     
    Sementara itu, wang kertas 1,000 yen baharu itu menampilkan gambar ahli mikrobiologi Shibasaburo Kitasato, yang membangunkan terapi serum untuk tetanus.
     
    Gambar menunjukkan contoh wang kertas baharu, yang pertama dalam 20 tahun di Tokyo pada 19 Jun lalu. – AFP
    Wang kertas baharu itu menggabungkan teknologi hologram tiga dimensi untuk memerangi pemalsuan, penggunaan pertama pada mana-mana mata wang negara.
     
    Di sebalik pembayaran tanpa tunai, wang kertas masih berfungsi sebagai kaedah pembayaran utama di Jepun, beritahu Menteri Kewangan Jepun, Shunichi Suzuki pada sidang akhbar kelmarin.
     
    Reka bentuk universal yang mengambil kira orang cacat penglihatan dan warga asing telah dimasukkan ke dalam wang kertas baharu itu, tambahnya.
     
    Pada wang kertas baharu, tanda sentuhan dibentuk kepada 11 garisan penjuru untuk kepekaan jari, sementara diletakkan dalam kedudukan berbeza untuk memudahkan mengenal pasti denominasi.
     
    Angka Arab digunakan untuk nombor nilai muka dan mempunyai fon yang lebih besar daripada nota semasa. – Xinhua 
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...