Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Jepun lanjutkan langkah ketatkan sempadan

    TOKYO, 11 JAN – Jepun akan melanjutkan langkah-langkah melarang ketibaan hampir semua warga asing sehingga hujung Februari dan membuka semula pusat-pusat vaksinasi besar-besaran ketika ia memerangi peningkatan koronavirus ditularkan Omicron, menurut kerajaan hari ini.

    “Kami akan mengekalkan dasar pengawalan sempadan semasa sehingga hujung Februari dan dalam masa yang sama mengambil langkah-langkah perlu daripada pandangan kemanusiaan dan mempertimbangkan kepentingan kebangsaan,” Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida memberitahu wartawan.

    Media tempatan mengatakan terdapat beberapa pengecualian baharu bagi ahli keluarga Jepun dan juga pelajar yang belajar di Jepun namun tiada perincian lanjut mengenainya diumumkan.

    Kerajaan juga akan membuka semula pusat vaksinasi berskala besar dikendalikan oleh Angkatan Pertahanan Diri Jepun dan meminta kerajaan tempatan membuka semula tapak inokulasi besar-besarannya sendiri bagi mempercepatkan pengagihan suntikan penggalak, kata Kishida.

    Jepun telah melaksanakan kawalan sempadan ketat, seperti kuarantin dan ujian saringan kerap bagi mereka yang memasuki negara itu dari luar negara. Namun di sebalik usaha itu, varian Omicron tetap menular dalam komuniti dan Jepun kini menyaksikan peningkatan mendadak dalam kes-kes virus. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...