Tuesday, December 24, 2024
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun lapor wabak selesema burung pertama

    TOKYO, 17 OKT – Strain selesema burung yang sangat patogenik dikesan dalam ayam di sebuah ladang ternakan di Hokkaido, Jepun, selepas beberapa ayam ditemukan mati, menandakan wabak pertama yang disahkan di negara itu untuk musim ini.

    Pihak berkuasa Hokkaido memulakan proses pemusnahan kira-kira 19,000 ayam di ladang itu sebagai langkah pencegahan, yang dijangka selesai esok, lapor Xinhua.

    Sekatan pergerakan turut dilaksanakan, melarang pengangkutan ayam dan telur dalam radius tiga kilometer (km) dari ladang itu serta mengharamkan pengangkutan produk ayam di luar radius 10km.

    Kerajaan Hokkaido menggesa penguatkuasaan langkah pembendungan yang ketat untuk mencegah penularan lebih lanjut dan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa produk ayam yang kini berada di pasaran adalah selamat untuk dimakan. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda