Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun larang eksport peralatan pembinaan ke Rusia

    TOKYO, 31 MAC – Jepun tidak akan mengeksport peralatan pembinaan termasuk jengkaut hidraulik dan jentolak, enjin pesawat dan kapal, peralatan elektronik untuk navigasi, radio penerbangan, pesawat dan kapal angkasa serta alat gantinya, dron dan peralatan optik dan fotografi, menurut Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Perindustrian Jepun, hari ini.

    Larangan eksport juga terpakai bagi produk keluli, aluminium, dandang stim, peralatan penempaan, penjana, kenderaan pengangkut dan alat ganti, gentian optik dan kabel gentian optik, alat pengukur, instrumen serta teropong dan barangan permainan. Larangan itu berkuat kuasa pada 7 April, lapor Sputnik. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda