Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Jepun longgarkan larangan pelancongan asing

    TOKYO, 10 JUN — Jepun membuka sempadannya kelmarin bagi pelancong asing dan mula menerima permohonan visa, tetapi hanya untuk mereka yang menggunakan pakej pelancongan berpandu yang bersedia mengikuti langkah-langkah protokol COVID serta memakai pelitup muka.

    Kelmarin merupakan hari pertama bagi Jepun memulakan prosedur yang diperlukan bagi kemasukan dan ketibaan yang tidak dijangka sehingga akhir Jun, dan pihak pejabat imigresen dan kuarantin lapangan terbang tetap bersedia bagi sebarang kemungkinan ketibaan.

    Agensi Pelancongan Jepun berkata, lawatan diterima dari 98 buah negara dan wilayah, termasuk Amerika Syarikat, Britain, China, Korea Selatan, Thailand dan Singapura yang dianggap mempunyai risiko jangkitan yang rendah.

    Penyambungan semula sebahagian pelancongan antarabangsa Jepun yang dihentikan semasa wabak COVID sedang dijalankan di bawah garis panduan berdasarkan eksperimen yang dijalankan pada akhir Mei lalu.

    Ia melibatkan kira-kira seramai 50 orang peserta, kebanyakannya terdiri daripada kakitangan agensi pelancongan dari Australia, Singapura, Thailand dan Amerika Syarikat.

    Dalam satu kes eksperimen, dilaporkan bahawa satu lawatan bagi kumpulan yang dianggotai empat orang ahli telah dibatalkan apabila salah seorang peserta disahkan positif COVID selepas tiba di Jepun.

    Di bawah garis panduan COVID, pelawat diminta memakai pelitup muka dan membeli insurans bagi menampung kos perubatan sekiranya mereka dijangkiti. Peraturan tidak menetapkan had bagi bilangan orang dalam satu kumpulan, tetapi pemandu pelancong dimestikan untuk hadir di sepanjang lawatan.

    Selepas berdepan kritikan kawalan sempadannya yang ketat adalah xenofobia sebelum ini, Jepun mula melonggarkan sekatan awal tahun ini. Pada 1 Jun, ia menggandakan had lawatan harian kepada 20,000 orang sehari, termasuk warga Jepun, pelajar asing dan beberapa orang pelancong perniagaan. – AP

    Seorang wanita Geisha dalam kimono tradisional Jepun berjalan di sepanjang jalan membeli-belah di daerah Asakusa, Tokyo kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...