Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun lulus vaksin cacar untuk cegah cacar monyet

    TOKYO, 31 JULAI – Panel pakar Kementerian Kesihatan Jepun pada Jumaat lalu meluluskan penggunaan vaksin cacar keluaran KM Biologic Co yang berpangkalan di Kumamoto untuk mencegah penyakit cacar monyet.

    Vaksin cacar didapati mempunyai kadar keberkesanan kira-kira 85 peratus untuk mencegah cacar monyet, lapor Jiji Press.

    KM Biologics ialah unit di bawah syarikat makanan dan farmaseutikal Jepun, Meiji Holdings Co. Kementerian itu telah memberi vaksin berkenaan kepada 50 pekerja perubatan di Pusat Kesihatan dan Kebangsaan dan Perubatan Global untuk tujuan penyelidikan. Setakat Rabu lebih 18,000 orang di 78 negara telah dijangkiti virus itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda