Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun masukkan Mexico, 12 negara dalam senarai larangan

    TOKYO, 15 MEI – Jepun menyenaraikan Mexico dan 12 negara lain dalam senarai larangan kemasukan berkuat kuasa pada Sabtu dalam usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19, kata Perdana Menteri Shinzo Abe semalam.

    Negara lain ialah Azerbaijan, Bahama, Cabo Verde, Colombia, Equatorial Guinea, Gabon, Guinea-Bissau, Honduras, Kazakhstan, Maldives, Sao Tome dan Principe dan Uruguay.

    Pelancong asing termasuk penduduk tetap yang pernah ke negara berkenaan dalam dua minggu dari tarikh ketibaan tidak dibenarkan masuk ke Jepun, lapor agensi berita Kyodo.

    Kementerian Luar Jepun pada Selasa menaikkan tahap nasihat perjalanan untuk 13 negara ke Tahap Tiga, kedua tertinggi, dan menggesa rakyat tidak melakukan perjalanan ke negara terbabit. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda